Wednesday, 24 July 2013

Hari Pertama Sebagai Guru Pelatih

         Assalam... wbt. bersyukur ke  hadrat ilahi kerana kita semua masih diberikan kesempatan untuk merasai kenikmatan sebuah kehidupan. YA alhamdulilah hati mumia hari ini berkeinginan mengupdate blog yang terlalu mumia ini dengan tajuk seperti diatas... hehehe.

         cerita yang dikongsi ini merupakan pengalaman sendiri hati mumia sebagai seorang guru pelatih. um cita-cita sebagai GURU!!!!! tidak pernah langsung terlintas di fikiran ini apatah lagi untuk di jadikan kerjaya dan punca rezeki tapi inilah kita, kita hanya mampu merancang tapi ia-NYA yang menentukannya.

         sebelum hati mumia membuat keputusan semua ini, mumia telah memikir semasak-masaknya untuk bersedia sebarang risiko di dalam kerjaya sebaai seorang guru. semua orang tahu kan??? sebut sahaja guru, sudah semestinya tanggungjawab besar dan paling di utamakan ialah pelajarnya. 

         guru begitu sinonim dengan alam pembelajaran sedangkan mumia paling tidak suka belajar.. bertentangan kan...eheheh...seperti semua orang tahu, guru adalah profesional yang amat terpuji malahan sangat dihormati. namun dari semua kebaikan ini ada cabaran dan risikonya yang menanti guru-guru dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka. dalam menempuhi cabaran yang di luar kawalan guru, guru juga harus menerima cabaran dan berpegang pada etika dan tata susila profesional guru.

         ha dah tau kan serba sedikit tentang guru ni.. bagi mumia tugas ini amat berat sekali untuk ditanggung tapi apakan daya inilah jalan yang dipilih. hati mumia rasa bila tiba di sekolah dirinya sebagai seorang yang sangat hipokrit. di luar sekolah lain tapi di dalam sekolah pijak semut pom tak mati. um buat pengetahuan semua mumia sebagai guru pelatih yang diberi tugas mengantikan guru ictl sebagai major dan bahasa melayu sebagai minor. semua subjek nie mumia bermasalah...hahahahah

         bila dah 3 tahun belajar tentang kehidupan guru ni baru la sedar bukan senang nak jadi guru dan masuk ke kelas mengajar pelajar-pelajar tu. sebagai seorang guru kawalan kelas itu amat penting sekali. inilah yang menrisaukan hati mumia nie.. dalam masa belajar selok belok guru rasa cam mulai meyukai kerjaya guru ni. rupa-rupanya ada estetika kerja sebagai guru nie..pergaulan guru antara guru amat baik sekali sukar untuk mencari silaturahim yang seperti saudara sendiri nie.. nie la pengalaman pertama bila masuk ke sekolah yang dijadikan tempat praktikal.. sebelum masuk tu perasaan nie berkobar-kobar nak masuk dan nak buat sebaik mungkin tapi bila dah masuk uh terbalik semuanya..hati x kental...hahahahah

        bukan apa guru-gurunya memang terbaik cuma biasalah masalahnya mestilah pelajar..hari pertama daftar diri tu bukan la main excited sangat. pagi-pagi lagi dah mandi dan siap awal. sampai ke pintu pagar sekolah rasa cam sesuatu angin yang tenang menguasai jiwa..fuhhh nikmat jadi guru ni sebab guru mengarahkan pengawas sekolah tu mengiringi ke pejabat..cam vip plok..setiba di pejabat ah ambik kau cam rusa masuk kampung pandang kanan x kena duduk sini x pom x kena cama mana nie uh nasib baik ada pelajar praktikal yang lain sama universiti..rasa lega sikit sebab sama sama jadi rusa..hahahhaha

         first berjumpa dengan guru penolong kanan...alhamdulilah orangnya sangat memahami kami semua suka dan GPK memperkenalkan kami dengan pengetua sekolah selepas tu terus di arahkan kami ke perhimpunan pagi sekolah...dalam kepala mati aku kena kenalkan diri tu..sah sah la kena..berketar-ketar suara..hahahaha... selepas tamat perhimpunan, ada sesi taklimat yang diberikan oleh GPK. selesai rehat dalam 2 jam..kami dah ditugaskan relief kelas...lagi skali mati nak buat apa..hahahahaaa... selesai semuanya habis waktu sekolah kami di ajar cara-cara kehadiran guru cam mana..pada masa itu juga kami d berikan jadual kelas... fuh penuh bersemangat..senyum lebar...hahaahhahahah.....

        masing-masing pandang kawan-kawan.. 14 jam kot kami sebenarnya hanya wajib 10-12 jam je mengajar tapi xpa kami redo dan ikhlas... ah xlupa juga pada hari pertama ini jugalah kami mendapat meja guru masing2.. dalam hati akan ku jadi guru yang cemerlang dan terbilang...hahahhaha..... excited dapat meja guru...ahhahahhahaa inilah kebanyakkan perasaan yang dialami oleh semua guru praktikal pada hari pertama..

ok laaa...cikgu mumia tamatkan disini saja la tuk p & p pada hari ini. nanti kita sambung minggu depan ya.. ok bye.. sekian terima kasih...heheheh



hari pertama daftarkan diri sebagai guru pelatih


Monday, 1 April 2013

ERti SEbuAH PERsahABataN

PERSAHABATAN????
Entah mengapa malam ini HATI MUMIA termenung dan terfikir apakah erti persahabatan..!!!
Sebut sahaja persahabatan, semua orang mempunyai terlalu ramai sahabat, kawan, teman, kenalan dan rakan. semua ini membawa maksud yang sama.. NAMUN

Saturday, 22 December 2012

Minggu Ulangkaji SEM 5

Alhamdulilah…
Selamat sudah sampai ke destinasi yang dituju. Entry kali ini mengenai minggu ulangkaji. Memang minggu ulangkaji ini merupakan minggu yang dinanti-nantikan oleh semua yang bergelar mahasiswa/wi kerana minggu ulangkaji ini ialah minggu yang pastinya tidak akan dibelenggu oleh  tugasan-tugasan yang harus dihantar. Jadi dengan segala rancangan yang dipelajari dari setiap semester yang sudah lepas itu dimanfaatkan untuk sem 5 ini yang memberikan aku peluang keemasan untuk pulang ke kampung halamanku.

Sunday, 9 December 2012

Silat Serimau Hitam

Alhamdulilah.... akhirnya tamat juga ko-korikulum aku iaitu silat serimau hitam I & 11. Walaupun penat tapi sebenarnya bukan stakat penat je letih, susah, ganas dan menghiburkan...sangat seronok.. Silat serimau hitam sebenarnya masih baru lagi di UPSI ini dan pihak UPSI berusaha menghidupkannya sehingga sekarang ramai yang telah menjadikannya sebagai pilihan ko-korikulum. Begitu juga dengan saya dan kawan-kawan yang lain. Ketika mula-mula menghadirkan diri pada sesi kelasnya yang pertama dalam silat serimau hitam 1 tiada masalah yang timbul tetapi selepas seminggu dan terus seminggu, barulah rasa "ah xsuka la silat nie" (hahahhaa).. Walaubagaimanapun harus diteruskan juga sehinggalah sekarang tamat sudah dan sudah semestinya selepas nie akan merinduinya..

Wednesday, 5 December 2012

Bukan Migrain

hai selamat petang...hahhahahaaa...hari nie memang menghadkan saya punya pergerakan kehidupan seharian....semalam tidur awal dan alhamdulilah bangun pagi kali ini...biasanya sangat berat tuk seorang mahasiswa untuk bangun pagi-pagi terutama saya...ehhehehe(tabiat buruk saya la niee).....hari nie kelas saya hanya 1 kelas sahaja iaitu kelas prosa melayu(minor) pada pukul 10.00 - 1.00 tengahari jee...dalam kelas ini memang dapat reliskan tensian sebab dia punya lecturer memang sponting..kami buat apa kat belakang pom ikut kamu la tapi kami nie kan mahasiswa bukan budak sekolah lagi...heheheheh....

Tuesday, 4 December 2012

Ceriteta Hati Mumia

hai,
ok x nama blog saya HATI MUMIA nie????hahahahaha
saya pom xtau nape saya pilih nama nie tiba2 terlintas di fikiran nama yang agak menakutkan nie..seperti yang kamu tahu laa..... dengar je mumia tu sudah semestinya otak kamu akan memikirkan mayat kan....hahahahahaa.....saya suka menakutkan orang...:D....

Sunday, 25 November 2012

Kelebihan dah Kekurangan : Web vs Blog PDF Print E-mail

Pro & Cons : Web vs Blog

 
 itadelight.jpgVS  blogpspot.jpg
 ? ?