Pro & Cons : Web vs Blog
 | VS |  |
? | | ? |
Web
- Mempunyai banyak fungsi untuk mengubahsuai data
- Interaktif (tidak statik) - mempunyai ciri mesra pelanggan (customer friendly)
- Fungsi pemasaran yang integratif - Newsletters, Pendaftaran pelanggan, Statistik.
- Sistem e-commerce, forum yang memudahkan pelanggan.
- Perlu membayar hosting dan domain setiap tahun (paling kurang RM140 setahun)
- Membaiki dan menambah maklumat (contents) di web tidak semudah blog kerana dilengkapi dengan pelbagai fungsi lain (eg- web yang dibina berasaskan content managemet system (CMS). Sekiranya web tersebut dibuat berasaskan kod HTML, anda perlu bergantung dengan web developer utk membuat editing sekira tidak tahu caranya.
Blog
- Sesuai untuk perniagaan kecil atau individu contohnya perkhidmatan membuat kek dan biskut, menjual pakaian, produk multi-level atau lain-lain jualan personal yang tidak memerlukan anda mendaftarkan syarikat.
Berikut adalah laman blog yang berjaya menarik perhatian saya: www.bakingproject.com kekcawan.blogspot.com www.ilovecuppacakes.com deanacakes.blogspot.com
2. Mudah untuk membuat pengubahsuaian, tidak perlu untuk tahu bahasa komputer.
3. Tidak sesuai untuk mengiklan banyak produk. Sekiranya anda mempunyai pelbagai jenis produk, dan banyak gambar yang perlu dipamerkan, blog akan menjadi tidak mesra pelanggan. Namun kekurangan ini masih boleh dapat diatasi untuk mereka yang tahu mengubahsuai templat blog tersebut.
4. Tidak ada sistem e-commerce yang memudahkan pelanggan membuat pembelian. Apabila produk terlalu banyak dan berjenis-jenis, paling bagus sekiranya anda mempunyai sistem katalog atau e-commerce yang memudahkan pelanggan anda melihat, memilih dan melakukan langkah pembelian. Kekurangan ini masih boleh diatasi dengan menggunakan sistem e-commerce percuma yang ditawarkan diinternet. (Saya akan update url ke laman web tersebut)
5. Blog boleh dijadikan sedikit interaktif. Iaitu dengan menambah kod dari pihak ketiga (third party), cthnya chatbox, statistik, newsletter yang akan meletakkan link iklan ke laman web mereka. Namun ciri ini sudah cukup untuk mengiklankan perniagaan kecil.
Kesimpulannya: Blog sudah mengcukupi untuk anda memulakan perniagaan personal anda, dan juga mampu diubahsuai untuk menampakkan ciri web. Namun, bagi syarikat yang berdaftar, mempunyai web dengan domain sendiri adalah lebih baik untuk menunjukkan yang anda benar-benar serius melakukan perniagaan. Pelanggan yang baru, tidak dikenali atau dari luar negara akan mudah percaya untuk membuat pembelian. Berbanding dengan blog yang sudah pastinya lebih personal, maka lebih pemasaran diperlukan untuk mendapatkan kepercayaan bakal pelanggan yang singgah diblog anda.
- : - sumber - : - http://www.musunlimited.com/web-a-business-blog-20/28-kelebihan-dah-kekurangan-web-vs-blog.html
|
No comments:
Post a Comment