Sunday, 9 December 2012

Silat Serimau Hitam

Alhamdulilah.... akhirnya tamat juga ko-korikulum aku iaitu silat serimau hitam I & 11. Walaupun penat tapi sebenarnya bukan stakat penat je letih, susah, ganas dan menghiburkan...sangat seronok.. Silat serimau hitam sebenarnya masih baru lagi di UPSI ini dan pihak UPSI berusaha menghidupkannya sehingga sekarang ramai yang telah menjadikannya sebagai pilihan ko-korikulum. Begitu juga dengan saya dan kawan-kawan yang lain. Ketika mula-mula menghadirkan diri pada sesi kelasnya yang pertama dalam silat serimau hitam 1 tiada masalah yang timbul tetapi selepas seminggu dan terus seminggu, barulah rasa "ah xsuka la silat nie" (hahahhaa).. Walaubagaimanapun harus diteruskan juga sehinggalah sekarang tamat sudah dan sudah semestinya selepas nie akan merinduinya..

yang berbaju merah itulah Pak Su
dan yang lain itu semuanya
pelajar-pelajar silat serimau hitam.
         Ketika sesi latihan, perkara yang paling menakutkan kami adalah apabila didatangi oleh pewaris silat serimau hitam yang dikenali sebagai Pak Su..hahahaa,,,bukan apa, biasalah bila betul-betul ketuanya datang baru la terasa takutnya nak buat dengan betul-betul kalau tidak asyik main, tidak serius malas buat sambil lewa..tetapi orangnya baik-baik saja, serius mengajar ilmu yang ada padanya untuk kegunaan orang lain. Tenaga pengajar dari UPSI pula membahasakan dirinya sebagai abg Zul (biarkan saya je yg tahu nama penuhnya). Sangat sporting, dan terbaik orangnya..ada masalah boleh dibawa berbincang dan sudah tentulah keputusan memihak kepada murid-muridnya lau tidak manakan dapat pujian sporting tu...hahahahaha...

        Sebagai mahasiswa UPSI masa hadapan nie memang amat tepat sekali (unsur lewah, nak bagi nampak biar betul2 penting) memilih silat sebagai koko. Ini kerana setiap mahasiswa disini yang sudah dinyatakan bakal menjadi seorang guru di sekolah-sekolah perlu mempelajarinya supaya dapat menglindungi diri dari pelajar-pelajar yang samseng, atau terlalu nakal (kata-kata manis sikit) terutamanya guru-guru perempuan..

-''-nak tahu lebih lanjut tentang silat serimau hitam bacalah disini
-"- sumber -"-http://ms.wikipedia.org/wiki/Silat_Serimau_Hitam

No comments:

Post a Comment