Saturday, 22 December 2012

Minggu Ulangkaji SEM 5

Alhamdulilah…
Selamat sudah sampai ke destinasi yang dituju. Entry kali ini mengenai minggu ulangkaji. Memang minggu ulangkaji ini merupakan minggu yang dinanti-nantikan oleh semua yang bergelar mahasiswa/wi kerana minggu ulangkaji ini ialah minggu yang pastinya tidak akan dibelenggu oleh  tugasan-tugasan yang harus dihantar. Jadi dengan segala rancangan yang dipelajari dari setiap semester yang sudah lepas itu dimanfaatkan untuk sem 5 ini yang memberikan aku peluang keemasan untuk pulang ke kampung halamanku.


Kali pertama aku pulang ke kampung pada minggu ulangkaji dan kali pertama juga aku pulang dengan menunggang motosikal.  Biasanya aku tidak pulang sebab masa ulangkaji untuk menghadapi last final exam tidak terlalu panjang tidak sama seperti sem 5 ini. Aku pulang bersama kawan-kawanku hanya 3 orang termasuk aku masing-masing dengan motosikal sendiri. Kami pulang ikut arah Cameron highland sebab ikut sini dekat la sedikit. Namun jalannya memang bahaya tetapi kami sudah tahu dan berhati-hati ketika memandu motosikal masing-masing. Nasib baiklah kawan-kawan aku itu memang mementingkan keselamatan kerana aku pertama kali dan mereka sudah biasa dengan jalan itu, jadi mereka selalu memperingatkan aku supaya membawa motor dengan berhati-hati dan memberitahu di setiap hadapan sana mempunyai lencongan yang bahaya.

Ketika sampai di Cameron highland hujan rintis-rintis mulai membasahkan bumi. Rupa-rupanya di Kelantan sudah mulai hujan. Walaupun hujan rintis-rintis kami perlu meneruskan perjalanan kami. Di sepanjang perjalanan di Cameron highland kanan dan kirinya dipenuhi dengan kawasan pertanian dan ditambah dengan hujan rintis-rintis amatlah sejuk sekali sehingga seluruh badan kami mengigil-gigil sambil pandu motor. Maka motor kami semua dicorakkan dengan pelbagai corak.

pic ini diambil ketika program
anak-anak belia felda di
dataran merdeka, KL.

Sambil terus meneruskan perjalanan, kami berhenti seketika di surau (tah la kat mana nama tempat tu yang penting kami dah melepasi Cameron highland tu) untuk menunaikan solat. Setelah kami melangkaui kawasan daerah negeri Kelantan dan melihat sahaja papan tanda jalan ke gua musang, fuhhsss hati rasa cam cepat la sampai cepat la sampai tambahan pula hujan di gua musang betul-betul lebat nak lihat jalan pom sukar tapi alhamdulilah selamat sampai. Kami semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Aku orang yang pertama sampai dirumah di antara kami bertiga itu dan kawan-kawanku meneruskan perjalanannya. Seorang ke laloh dan seorang lagi ke pasir puteh rasanya…eheheheh

mood = jika kita mempunyai masa lapangan pulanglah melihat orang tua kita..kikikiki

No comments:

Post a Comment