Monday, 1 April 2013

ERti SEbuAH PERsahABataN

PERSAHABATAN????
Entah mengapa malam ini HATI MUMIA termenung dan terfikir apakah erti persahabatan..!!!
Sebut sahaja persahabatan, semua orang mempunyai terlalu ramai sahabat, kawan, teman, kenalan dan rakan. semua ini membawa maksud yang sama.. NAMUN

SAHABAT itu bukan macam main RAGBI.. mula-mula kejar tapi dah dapat ditendang,
KAWAN itu bukan macam KERETA... rosak sikit jual, beli baru,
TEMAN itu bukan macam BARANG KEMAS... sudah berkarat dibuang,
KENALAN itu bukan macam PAMPERS...dah pakai, lepas tu buang,
RAKAN bukan macam PELANGI... hari cerah hilang, hujan gerimis baru muncul...



Sahabat, kawan, teman,kenalan dan rakan sepatutnya seperti kata-kata dalam gambar ini.. Seperti peribahasa air dicincang xkan putus.

Alangkah bertuahnya kita jika mempunyai kawan, sahabat dan rakan yang dapat memahami kita. Seorang teman yang hanya bertemankan kita dengan mengharapkan kejujuran, keikhlasan, kepercayaan, bertanggungjawab menjaga rahasia kita sebagai seorang sahabat. Seorang teman sejati adalah teman yang tidak pernah membuat kita rasa kecewa, sentiasa berada disisi di saat kita memerlukannya, sentiasa bersedia untuk mendengar dan memberi jalan penyelesaian untuk kita. Tetapi, pada masa yang sama HATI MUMIA terfikir juga adakah HATI MUMIA sendiri mampu untuk menjadi teman yang terbaik kepada mereka?? itulah kita sebenarnya.. tanpa seorang sahabat, teman, rakan dan kawan hidup kita semestinya akan sunyi sepi.. Jadi dengan teladan kawan-kawan inilah yang akan menghilangkan kesunyian itu dengan meninggalkan sama ada kenangan itu manis atau pahit ntuk diingati bersama. Sebab itulah kita kena pandai memilih kawan disisi kita, jika kita memilih kawan yang betul maka betul la kita tetapi jika sebaliknya kita pun akan terikut juga dengan kesalahanya itu, namun jika kita sedar yang kawan kita itu salah sepatutnya kita yang menyedarkannya bukan mengikut atau mengiya-iyakan perbuatannya yang salah itu. Ini kerana sahabat yang baik adalah orang yang kita percayai dan membuat kita tenang bersamanya. Dia menjadi tempat berbagi kelelahan, berbagi kesedihan dan tidak pernah menjual rahasia diri kita. 
INILAH SAHABAT, KAWAN, TEMAN, KENALAN DAN RAKAN YANG BAIK.

HATI MUMIA tinggalkan entri kali ini dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saidina Ali
" Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicari ".

No comments:

Post a Comment